This is really going to be embarassing.
Ya Ustaz, ustaz ada fikir tak…
Ustaz ada fikir tak, dengan membuat sembahyang hajat di kawasan lapang hadapan Stadium Merdeka, akan membuat implikasi yang sungguh tidak baik pada agama Islam secara keseluruhan? Ia akan memberi tanggapan (impression) kepada orang Malaysia yang bukan Islam bahawa agama Islam merupakan agama yang memaksa orang untuk membuat kebaikan & mereka sentiasa suci dari kejahatan dan mereka tidak mempunyai pilihan.
Adakah ini Islam sebenar?
Kenapa tidak sahaja membuat sembahyang hajat di Masjid Negara yang berdekatan dengan Stadium Merdeka? Ia merupakan cara yang lebih menghormati Islam, iaitu dengan sembahyang berjemaah di masjid. Bukankah itu lebih elok & afdal? Adakah bersembahyang di hadapan stadium & pengunjung konsert yang tidak bersefahaman, akan memberi gambaran yang elok tentang Islam? Renungkanlah…
Sejak bila Islam menjadi agama yang memaksa?
Orang Malaysia bukan Islam akan memandang agama Islam sebagai agama main – main oleh kerana perbuatan Ustaz sendiri. Harapan orang Malaysia terhadap cendiakawan Islam Malaysia adalah guidance atau didikan & penerangan yang tulus & ikhlas tentang keindahan agama Islam, bukan memprotes atau cuba memaksa orang menerima Islam.
Ya Ustaz, adakah wujud di kalangan ulama alim kita yang memaksa manusia sejagat untuk memeluk Islam?
Pernahkah nabi – nabi kita memaksa manusia yang jauh lebih jahil & zalim dari manusia zaman sekarang, untuk memeluk Islam?
Adakah dalam catatan sejarah Islam yang menyebut tentang pemaksaan agama Islam? Ada tak?
Cuba check betul – betul.
Memang tiada elemen paksaan, kan?
Saya jamin, apabila Ustaz mengedarkan risalah pada para pengunjung konsert, orang ramai akan mengambil risalah itu, baca untuk sementara waktu, lipat – lipat secara elok dan buang ke dalam tong sampah.
Atau lebih teruk lagi, buang ke lantai & pijak risalah yang Ustaz dah buat penat – penat.
Saya jamin, apabila rakan – rakan Ustaz melihat orang ramai memijak risalah yang diedarkan, rakan – rakan Ustaz akan bertindak agresif. Dan berlakulah pergaduhan agama.
Dan mengikut catatan sejarah, pergaduhan sebegini selalu akan berakhir dengan darah dan tragedi.
Adakah ini contoh terbaik yang datang dari cendiakawan Islam negara kita? Adakah ini jihad sebenar Islam?
Pada pandangan saya, ini merupakan satu kekalahan. Kita tunduk & dipaksa untuk bertindak sebegini demikian. Ia seolah kita sendiri hilang keyakinan terhadap agama kita sendiri. Kenapa susah sangat bagi kita untuk terima orang lain?
Honestly, if all these religious & political urban warfare starts to grow into mayhem, I am without doubt will leave Malaysia.